Apa itu Karnival Usahawan Desa (KUD@KPLB)?

Karnival Usahawan Desa (KUD@KPLB) adalah program pemasaran di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk membantu usahawan luar bandar meningkatkan aktiviti pemasaran dan meluaskan akses pasaran untuk produk dari desa.

Apakah kelebihan eKUD@KPLB 2020?

Sebagai usahawan, selain daripada dapat menjual terus kepada pengguna, usahawan juga boleh mendapatkan khidmat nasihat tentang pemasaran produk, panduan pengurusan pengeluaran, pinjaman kewangan dan pelbagai lagi berkaitan dengan keusahawanan. Pelbagai agensi akan berada serentak di KUD@KPLB bagi memudahkan urusan usahawan untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan.

Sebagai pengguna, anda berpeluang mengenali produk-produk dari luar bandar yang berkualiti tinggi. Malahan ada juga yang telah dieksport ke luar negara. Selain menjamu mata dengan pelbagai produk atau perkhidmatan dari luar bandar, pengguna boleh juga berhibur dengan pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga.

Mengapa KUD@KPLB beralih kepada versi digital?

Program ini adalah kesinambungan kepada pelaksanaan KUD@KPLB Putrajaya 2019 di mana Kementerian telah membuat pengumuman untuk turut melihat kepada potensi pasaran di kalangan orang ramai yang lebih suka membeli belah secara dalam talian pada ketika itu. Pada masa yang sama, pandemik COVID 19 yang melanda seluruh dunia pada awal tahun 2020 telah menjadikan program berbentuk digital sesuai dengan inisiatif kerajaan supaya usahawan beralih kepada platform digital. Perkara ini adalah keperluan mustahak dalam usaha KPLB bagi membantu para usahawan luar bandar yang terjejas berikutan COVID 19 menjalankan perniagaan dan kaedah pemasaran dengan norma baharu.

Apakah yang menarik di eKUD@KPLB 2020?

Selain daripada program keusahawanan untuk para usahawan, orang ramai boleh menonton dan mengikuti pelbagai aktiviti menarik sama ada siaran secara langsung atau rakaman rancangan seperti Demonstrasi Memasak, Urban Farming, Laman Ternakan dan juga jualan langsung bersama Selebriti Jemputan. Pelbagai bahan berbentuk audio visual berkaitan Program Pembangunan Keusahawan dan Program Teras KPLB juga boleh dicapai secara percuma oleh orang ramai yang melayari landing page eKUD@KPLB 2020 pada bila-bila masa di www.ekud.my

Apakah kelebihan bagi usahawan menyertai eKUD@KPLB 2020?

eKUD@KPLB 2020 adalah julung kalinya dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Ia akan bermula dengan Jualan Siber pada 11 dan 25 November 2020 serta Jualan Mega pada 4 hingga 6 Disember 2020. Dengan perkongsian strategik melalui Desamall@KPLB, usahawan luar bandar dapat memasarkan produk mereka secara online menerusi platform e-dagang seperti Lazada, Shopee, eBay, PrestoMall dan GrabMart. Usahawan juga berpeluang menemui tradebuyers dari dalam dan luar negara secara digital. Para uahawan berpeluang mengikuti program keusahawan yang berlangsung dalam talian seperti webinar dan talk show dari para panel serta usahawan yang berpengalaman. Usahawan boleh berinteraksi dengan pengunjung melalui virtual booth yang mengandungi maklumat produk, serta perkhidmatan yang ditawarkan.

Siapakah yang menyertai eKUD@KPLB 2020?

Usahawan bimbingan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar daripada seluruh Malaysia akan menyertai eKUD@KPLB 2020. Usahawan lain yang berminat boleh juga mendaftar melalui borang saringan penyertaan eKUD.

Bilakah eKUD@KPLB 2020?

eKUD@KPLB 2020 akan berlangsung selama 3 hari bermula dari 4 hingga 6 Disember 2020. Untuk program tertentu dalam eKUD@KPLB 2020, tertakluk kepada masa yang ditetapkan. Boleh dapatkan jadual program di Auditorium.

Dimanakah eKUD@KPLB 2020 akan diadakan pada tahun ini?

eKUD@KPLB 2020 akan diadakan secara atas talian di www.ekud.my bermula dari 4 hingga 6 Disember 2020.

Saya sudah mendaftar sebagai pelawat / usahawan. Bagaimana cara untuk log in ke platform?

Terima kasih kerana mendaftar. Anda hanya boleh log in bermula 4 Disember 2020 di www.ekud.my.

Saya berminat untuk menjadi pempamer, apa perlu saya lakukan?

Terima kasih kerana berminat. Anda boleh mendaftar di www.ekud.my/sertaikami.html

Saya lihat ada komponen Padanan Perniagaan. Boleh saya tahu lebih lanjut?

Setiap usahawan pempamer yang ingin menyertai akan disaring dan dipilih mengikut kriteria. Usahawan yang terpilih akan ditemuduga oleh beberapa syarikat besar untuk membekalkan produk masing-masing ke pasaran terpilih

Saya terlupa kata laluan saya. Mohon bantuan.

Terus ke laman daftar masuk, klik pada pilihan terlupa kata laluan dan ikuti langkah-langkah yang dipaparkan.

ALAMAT

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR (KPLB)
Bahagian Pembangunan Usahawan Desa
Aras 19, No. 47, Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya.

  • TELEFON

    03-8891 5646 / 03-8891 5621

  • ALAMAT E-MEL

    ekud.kplb@rurallink.gov.my

ALAMAT

MALAYSIA DESIGN DEVELOPMENT CENTRE (DDEC)
No. 22, Jalan Kia Peng,
50450 Kuala Lumpur.


  • TELEFON

    03-2161 9002 / 03-2161 9003

  • ALAMAT E-MEL

    ekud2020@ddec.my

Apabila anda menggunakan perkhidmatan kami, itu bermaksud anda mengamanahkan maklumat anda kepada kami. Kami faham bahawa ini merupakan tanggungjawab yang besar dan kami bekerja keras untuk melindungi maklumat anda serta meletakkan kawalan di tangan anda.

Dasar privasi ini bertujuan untuk membantu anda memahami jenis maklumat yang kami kumpulkan dan tujuannya serta cara anda boleh mengemas kini, mengurus, mengeksport dan memadamkan maklumat anda.